Tuesday, November 3, 2009

Kaijin Terbaru Shocker!!!!

Hahaha!!!! Akhirnya! Shocker telah menghasilkan kaijin terbaru!! Huh!! Xguna punya Shocker!! Selalu nk menguji keimanan dan kesabaran insan sederhana ini.. Wahhahahahaa!!! Tidak mengapa! aku akan terus menahan serangan demi serangan kaijin ini!! Hiargh!!

Kaijin yang aku maksudkan tidak lain adalah parasit yang dilahirkan dari sawah padi yang menghijau nun di desa sana.. Asalnya parasit ini dari golongan yang terpelajar juga.. Merupakan sejenis makhluk yang mempunyai kebijaksanaan yang agak melampau... Namun, Shocker telah mengambil peluang ini untuk mengubah makhluk tidak berdaya ini kepada kaijin yang menyusahkan hidup orang dan menumpang hidup pada mangsa-mangsanya yang tidak mengetahui kewujudan kaijin ini. Mereka menyangka ia adalah dari spesis yang selalu ditemui... Tanpa mengetahui bala yang mereka akan hadapi, mereka memberi peluang kepada kaijin ini untuk melakukan kerja-kerja terkutuknya. Huh!! Sungguh tak disangka!!! Mulanya dengan menumpang habitat yang sama, kemudian makin lama kaijin ini sedikit demi sedikit akan mengambil manfaat dari mangsa-mangsanya... Pemalas sungguh kaijin ini!! Amat susah untuk memusnahkan kaijin ini dek sifatnya yang liat dan sangat-sangat susah nak musnah!!!! Tidak pernah mengambil kira hal orang lain melainkan mementingkan diri sendiri. Apabila telah disedari kehadiran kaijin ini dalam hidup mereka, barulah mereka sedar betapa peritnya berjumpa dan berkongsi habitat dengan parasit pemusnah ini!!! Selama ini mereka hanya menyangka bahawa parasit ini adalah spesis yang biasa-biasa, rupanya makhluk durjana parasit pemusnah angkasa!!!!

Tapi tidak mengapa... Kerana parasit ini mempunyai tarikh luput... Harap mereka tidak akan bertemu dengan parasit sebegini rupa lagi dan akan consider baik-baik jika ada yang ingin menumpang habitat dengan mereka lagi... Berhati-hatilah umat manusia kerana kaijin ini berada di mana-mana!

No comments: